MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W. PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN
Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M yang diadakan di Masjid Putra,Putrajaya pada hari Ahad 5 Februari 2012.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Peringkat Kebangsaan Tahun 1433H/2012M yang diadakan di Masjid Putra,Putrajaya pada hari Ahad 5 Februari 2012.
Majlis Serahan Komputer TH Kepada SM Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor bertempat di Lantai 12, Bilik PBK IT pada hari Jumaat, 6 Januari 2012.
TH telah menyumbang 3 buah komputer dan sebuah printer kepada Sekolah Menengah Bagan Terap, Sungai Besar, Selangor. Sumbangan disampaikan oleh Haji Yasin Tahir, PBK IT kepada Puan Habsah Atan, Pengetua sekolah berkenaan.
Lembaga Tabung Haji menerima 31,000 bungkusan sumbangan kuih dan kad raya Aidiladha daripada YAB Perdana Menteri untuk diagihkan kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Makkah. Najib menyampaikan sumbangan untuk jemaah haji kepada Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Satu majlis suai kenal pelatih Skim Latihan Siswazah 1 Malaysia telah diadakan di Dewan Besar, Lembaga Tabung Haji. Majlis diadakan bertujuan merapatkan hubungan di antara pengurusan tertinggi Tabung Haji disamping sebagai sesi suai kenal di antara pelatih-pelatih berkenaan. Seramai 100 orang pelatih dari seluruh Malaysia telah terpilih dari 750 permohonan yang diterima bagi sesi 2012. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji serta barisan pengurusan tertinggi Tabung Haji turut hadir ke majlis ini.
Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan yang bertempat di Pulapol Air Hitam pada hari Ahad 29 Januari 2012.<br /> <br /> Seramai 44 polis bantuan telah tamat kursus latihan asas Polis Bantuan setelah menghadirinya selama 63 hari. Majlis ini dihadiri Komandan Pulapol Air Hitam, Negeri Sembilan, Hajah Norul Huda Mohd Sidek, Pengurus Besar (Pentadbiran dan Perolehan) dan Haji Nawawi Ishak, Pengarah Negeri Gantian 1.