Korporat
TH Terima Anugerah DBKL
PANTAI DALAM, 30 Ogos - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menerima pengiktirafan Anugerah Khas Jabatan Kawalan Bangunan (JKB), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pencahayaan Bangunan bagi kategori Bangunan Ikonik.
Hj Mohd Auzir Zakri, Ketua Pegawai Hartanah TH telah menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Sr. Haji Kamaruzaman Mat Salleh.
TH TERIMA LEBIH RM10 JUTA SUMBANGAN SAHABAT KORPORAT
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penghargaan Sahabat Korporat TH bagi meraikan badan, agensi serta syarikat korporat dan swasta yang menyertai program ini untuk Musim Haji 2014M/1435H, di Dewan Besar, Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
TH TERIMA SIJIL KETUA AUDIT NEGARA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menerima Sijil Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan TH 2016 daripada YBhg Tan Sri Dr. Ketua Audit Negara semasa sesi mesyuarat Exit Conference untuk Penyata Kewangan TH 2016 di Ibu Pejabat TH, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh YBhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad, Ketua Audit Negara.
TH Umum Agihan Keuntungan Selepas Zakat Kompetitif Tahun 2021
KUALA LUMPUR, 24 Feb 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus (selepas zakat) yang akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendepositnya bagi tahun 2021 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.46 bilion. Jumlah keuntungan yang diagih bagi tahun 2021 adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2020.
TH Umum Bayaran Haji Bagi Musim Haji 1440H / 2019M
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pengekalan bayaran haji bagi jemaah haji Muassasah kali pertama yang terpilih untuk menunaikan haji bagi tahun semasa 1440H/2019M.
Bayaran haji sebanyak RM9,980 ini telah kekal sejak tahun 2009 dengan subsidi yang akan ditanggung oleh TH sebanyak RM12,920 iaitu 56 peratus daripada kos haji.
TH UMUM BONUS PENDEPOSIT 2013
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengumumkan Bonus Bagi Tahun Kewangan 2013 kepada para pendeposit TH dengan kadar sebanyak 6.0% sebagai Bonus Tahunan dan tambahan Bonus Haji sebanyak 2.0%. Pemberian bonus tahun ini selain daripada menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di TH, ianya juga memberi keutamaan kepada majoriti akaun para pendeposit yang belum menunaikan haji.
TH UMUM BONUS PENDEPOSIT 2014
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah mengumumkan Bonus Bagi Tahun Kewangan 2014 kepada para pendeposit TH dengan kadar sebanyak 6.25% sebagai Bonus Tahunan dan tambahan Bonus Haji sebanyak 2.0%.
Pemberian bonus tahun ini selain daripada menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan dana di TH, ianya juga memberi keutamaan kepada majoriti akaun para pendeposit yang belum menunaikan haji.