Korporat
Rabu, 15 Mei 2019
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberikan sumbangan bantuan Ramadan dan Hari Raya berjumlah RM1.3 juta kepada 2,600 Asnaf di Daerah Sepang dalam Program Bantuan Ramadan & Hari Raya 2019 dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Bagi tahun ini, TH memilih daerah Sepang berikutan pelaksanaan Operasi Haji Tanah Air di Kompleks TH Sepang pada setiap musim haji.
Program kerjasama antara TH dan LZS ini merupakan salah satu inisiatif tangungjawab sosial korporat (CSR) bagi menghulurkan sumbangan kepada golongan asnaf di bulan Ramadan.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Encik Abdul Basith Hamid, Officer in-charge LZS; agensi-agensi yang terlibat dalam OHTA, para pegawai LZS dan anggota-anggota TH.