TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM4.04 JUTA KEPADA KELANTAN
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4.04 juta bagi tahun 2014 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dalam satu majlis di The Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan yang juga merupakan Yang Dipertua MAIK.