TH Ziarah Waris Jemaah Haji di Kelantan
Kelantan, 29 Ogos 2018 - TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarhamah Fatimah binti Mamat. Sesi ziarah ini diwakili oleh Pengarah TH Negeri Kelantan, Tuan Haji Wahyudin bin Haji Tamami di kediaman Allahyarhamah di Kampung Telok Kemunting, Bachok, Kelantan.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut mengadakan tahlil ringkas serta menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.