KOTA BELUD, 26 September 2022 - Lembaga Tabung (TH) hari ini, menyumbang sebuah van serbaguna kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran, Kota Belud, Sabah di satu Majlis Serahan Van Program Mobiliti TH di sini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Hj Idris Bin Haji Ahmad berkata, sumbangan van serbaguna Program Mobiliti TH bertujuan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan juga fardhu ain terutama ahli kariah di masjid-masjid yang memerlukan di luar bandar.
Pada tahun ini, TH memperuntukkan sebanyak RM5.4 juta untuk Program Mobiliti dengan 40 unit van dwifungsi yang akan disumbangkan ke institusi terpilih seperti masjid, surau, rumah-rumah kebajikan dan persatuan berdaftar di seluruh negara. TH telah menyumbang sebanyak 96 unit van serbaguna dan memberi manfaat kepada lebih daripada 300,000 ahli kariah di seluruh negara sejak diperkenalkan enam tahun lalu. Semoga sumbangan ini dapat memudahkan pergerakan semua pelajar dan guru di Pondok Fii Dzilalil Qu’ran ketika melakukan aktiviti harian mereka.
TH Sumbang Sebuah Van Kepada Pondok Fii Dzilalil Qu’ran
Korporat
Isnin, 26 September 2022