TH Sumbang 40 Van Serbaguna Kepada Masjid, Surau, Pusat Tahfiz & Rumah Kebajikan Terpilih Seluruh Negara
PUTRAJAYA, 27 JUN 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyumbang sebanyak 40 buah kenderaan (van serbaguna) bernilai RM5.4 juta kepada masjid, surau, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih menerusi Program Mobiliti TH di Majlis Serahan Perdana Program Mobiliti TH di Dataran Kompleks Islam, Putrajaya.