Korporat
Khamis, 5 Oktober 2023
KOTA KINABALU, 5 OKTOBER 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyalurkan sumbangan sebanyak RM500,000 kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Program Iqra IPTA 2023 bagi membantu meringankan beban kewangan dan memudahkan urusan mahasiswa berstatus B40 atau asnaf.
Sumbangan ini akan dimanfaatkan oleh sebahagian daripada 14,000 mahasiswa UMS yang berada dalam golongan B40 terutamanya keluarga asnaf yang kurang berkemampuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar berkata beberapa universiti tempatan telah mengenal pasti ramai mahasiswa mereka yang berasal daripada keluarga B40.