Korporat
TH ZAKAT KEDAH PRESENTATION
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM4,181,741.95 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Lembaga
Zakat Negeri Kedah (LZNK) dalam satu majlis ringkas di Masjid Riyadzussolihin Padang Lalang, Mukim Ayer Hangat, Langkawi.
TH ZAKAT PERNIAGAAN TH - SELANGOR
Lembaga Tabung Haji (TH) pmenyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM12,455,914.88 bagi tahun 2013 kepada Lembaga Zakat Selangor, dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
pembayaran zakat ini merupakan yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dan merangkumi 26.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pengagihan zakat pada tahun 2013.
TH Ziarah Waris Jemaah Haji di Kelantan
Kelantan, 29 Ogos 2018 - TH telah mengadakan sesi ziarah ke rumah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarhamah Fatimah binti Mamat. Sesi ziarah ini diwakili oleh Pengarah TH Negeri Kelantan, Tuan Haji Wahyudin bin Haji Tamami di kediaman Allahyarhamah di Kampung Telok Kemunting, Bachok, Kelantan.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut mengadakan tahlil ringkas serta menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
TH ZIARAH WARIS JEMAAH MENINGGAL DI PULAU PINANG
Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini meluangkan masa menziarahi waris-waris dua orang jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci iaitu Allahyarham Aziz bin Yeop Chulan dan Allahyarham Mohd Ismail Abdul Salam, masing-masing di Simpang Ampat dan Bayan Lepas, Puau Pinang.
TH, Bangi Gateway Medical & Medic IG Holdings Meterai Perjanjian Jual Beli Hartanah Bernilai RM135 Juta
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menandatangani perjanjian jual beli hartanah bernilai RM135 juta dengan Bangi Gateway Medical Sdn Bhd dan Medic IG Holdings Sdn Bhd. Perjanjian yang dimeterai ini merupakan salah satu daripada pelaburan strategik TH dalam sektor hartanah.
Perjanjian jual beli dan pajakan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Johan bin Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH; YBhg. Dato’ A. Rahman Safar, Pengarah Bangi Gateway Medical Sdn Bhd dan Encik Mohd Adam Mohd Said, Pengerusi Medic IG Holdings Sdn Bhd.
TH, Dana Kita Lancar Program Sinar Baru Cipta Usahawan Jahitan
KUALA LUMPUR, 22 MAC 2022 – Lembaga Tabung Haji (TH) dan Pertubuhan Dana Kita, sebuah badan bukan kerajaan, telah melancarkan Program Sinar Baru yang bertujuan untuk membantu golongan asnaf yang berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang jahitan.
Selari dengan matlamat ini, Bengkel Pengurusan Jahitan Program Sinar Baru TH- Dana Kita akan dianjurkan secara percuma kepada 50 peserta terpilih daripada golongan asnaf.
THiJARI 2.0 Dilancarkan Bagi Kemudahan Pendeposit Dan Jemaah Haji
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan aplikasi terkininya, THiJARI 2.0 semasa Majlis Lebaran Aidilfitri bersama Anggota-anggota di Bangunan TH, Jalan Tun Razak.
Menyedari jumlah pengguna telefon pintar di Malaysia yang dijangka mencecah sehingga 17.8 juta pada penghujung tahun 2017 (mengikut kajian laman web Statista), TH terus mengorak langkah dengan menambahbaik aplikasi THiJARInya yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014, dalam usaha mempelbagaikan perkhidmatan interaktif atas talian tanpa sempadan, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.