Korporat
TH Bayar RM3.4 Juta Kepada Zakat Pulau Pinang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 3,446,420.49 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Seri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang.
YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji TH telah menyerahkan bayaran zakat kepada Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
TH Bayar RM4.5 Juta Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 4,516,921.10 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam satu majlis ringkas di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
TH Bayar Zakat Perniagaan Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis
Kangar 3 Mei 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 672,222,82 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam satu majlis ringkas di Istana Arau, Perlis.
TH Bayar Zakat Perniagaan Kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak
Kuala Kangsar 2 Jun 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 3,967,179.16 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam satu majlis ringkas di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
TH Bayar Zakat Perniagaan Kepada PPZ-MAIWP
15 Mei 2020, PUTRAJAYA - Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 7,994,661.23 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), hari ini.
Zakat disampaikan Oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg. Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff kepada Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
TH Bayar Zakat Sebanyak RM1.71 Juta Kepada Majlis Ugama Islam Sabah
Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 1,706,981.57 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dalam satu majlis di The Maggelan Sutera Resort, Kota Kinabalu.
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang Di-pertua Negeri Sabah telah berkenan menerima bayaran Zakat TH daripada YBhg. Datin Nurlaila Said, Pengarah Negeri TH Sabah. Bayaran zakat bagi negeri Sabah ini mencatatkan peningkatan sebanyak 28.2% berbanding tahun 2017 (RM 1,331,855.04).
TH Bayar Zakat Sebanyak RM17.1 Juta Kepada Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM17,132,475.58 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis ringkas di Istana Alam Shah, Klang, Selangor.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat ini yang dipersembahkan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH. Pembayaran zakat bagi negeri Selangor ini mencatatkan peningkatan sebanyak 13.23% berbanding RM15,130,379.28 (2016).