Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM17,132,475.58 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis ringkas di Istana Alam Shah, Klang, Selangor.
DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat ini yang dipersembahkan oleh YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH. Pembayaran zakat bagi negeri Selangor ini mencatatkan peningkatan sebanyak 13.23% berbanding RM15,130,379.28 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg Tan Sri Dato' Sri Apandi Hj Ali , ALP TH , YAM Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi LZS; Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid, Mufti Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abd Rahman, Pengurus Besar Kanan (Haji) TH, Tuan Haji Mohd Sawal Abong, Pengarah TH Negeri Selangor; serta pegawai-pegawai LZS dan TH.
TH Bayar Zakat Sebanyak RM17.1 Juta Kepada Lembaga Zakat Selangor
Korporat
Khamis, 22 Mac 2018