TH BANTU PELAJAR ASNAF MENERUSI PROGRAM IQRA’
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyerahkan zakat pendidikan berjumlah RM125,000 kepada 14 buah sekolah menengah terpilih di Daerah Tampin dalam satu Majlis Sumbangan Program Iqra’ yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hamzah Abu, Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, pengetua–pengetua, guru-guru sekolah terpilih serta anggota TH.