Kangar 3 Mei 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 672,222,82 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dalam satu majlis ringkas di Istana Arau, Perlis.
YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail Putra, Raja Perlis. Pembayaran zakat TH bagi negeri Perlis ini mencatatkan peningkatan sebanyak 11.94 % berbanding RM 600,527.89 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil wakil agensi yang turut menyerahkan zakat iaitu PNB, SSM dan Midf, Tuan Haji Mohd Nizam Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Tuan Haji Mohamad Zahir bin Hussin@Yusof, Pengarah TH Negeri Perlis dan para pegawai Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta anggota TH.