Kuala Kangsar 2 Jun 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 3,967,179.16 bagi tahun kewangan berakhir 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dalam satu majlis ringkas di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.
YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH telah mempersembahkan bayaran zakat kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzudin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al- Maghfur-Lah. Pembayaran zakat TH bagi negeri Perak ini mencatatkan peningkatan sebanyak 13.38% berbanding RM 3,498,946.66 (2016).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah 11 Ketua Jabatan/Agensi atau wakil wakil yang turut menyerahkan zakat masing masing. YAB Ahmad Faizal Azumu, Menteri Besar, Negeri Perak,
Tan Sri Dato’ Seri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Dato’ Dr Amiruddin bin Muhamed, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil, Pengarah TH Negeri Perak dan para pegawai Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan pihak ngo negeri dan wakil wakil belia serta anggota TH