Korporat
TH BANTU PELAJAR ASNAF MELALUI PROGRAM IQRA'
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menjelajah keempat buah negeri bagi mengagihkan zakat pendidikan kepada para pelajar asnaf menerusi Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra' Peringkat Negeri Perlis, Kedah, Pahang dan Sarawak.
Seramai 828 orang pelajar dari 41 buah sekolah dari negeri-negeri tersebut menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM414,000.
TH BANTU PELAJAR ASNAF MENERUSI PROGRAM IQRA’
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menyerahkan zakat pendidikan berjumlah RM125,000 kepada 14 buah sekolah menengah terpilih di Daerah Tampin dalam satu Majlis Sumbangan Program Iqra’ yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Taha, Gemencheh, Negeri Sembilan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH dan turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hamzah Abu, Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, pengetua–pengetua, guru-guru sekolah terpilih serta anggota TH.
TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI JOHOR
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan kepada 20 buah sekolah yang telah terpilih bernilai RM250,000 kepada 500 orang pelajar dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Johor telah disempurnakan oleh Tuan Haji Adi Azuan Abd Ghani, Pemangku Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

TH BANTU PELAJAR MELALUI PROJEK IQRA' DI KELANTAN
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyampaikan agihan zakat pendidikan bernilai RM200,000 kepada 400 orang pelajar daripada 20 buah sekolah dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2014 bagi Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Tok Bak telah disempurnakan oleh Tuan Haji Muhamad Hamdan Omar, Pengarah TH Negeri Kelantan.