Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini membayar zakat berjumlah RM 3,446,420.49 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Seri Mutiara, Jalan Utama, Pulau Pinang.
YBhg. Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji TH telah menyerahkan bayaran zakat kepada Tuan Yang Terutama, Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
Bayaran zakat TH bagi negeri Pulau Pinang ini mencatatkan peningkatan sebanyak 24.9% berbanding tahun 2017.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Dato' Ir Haji Ahmad Zakeyuddin Abd Rahman, TKM 1 Pulau Pinang, YB Dato' Haji Abdul Malik Abdul Kasim, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah ZPP; Tuan Haji Abu Shukor Jangga, Pengarah TH Negeri Pulau Pinang dan para pegawai Zakat Pulau Pinang serta anggota TH.