Korporat
TH Hulur Bantuan Kepada Anggota Yang Terlibat Banjir
TH hari ini melaksanakan satu program CSR membersihkan rumah anggota susulan banjir besar melanda Pulau Pinang dan negeri-negeri di utara Malaysia baru-baru ini.
YBhg. Dato' Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bersama beberapa Pengurusan Kanan dan anggota TH bergotong-royong membersihkan rumah anggota TH yang terlibat dan memberikan sumbangan wang tunai serta barang keperluan harian bagi meringankan bebanan mereka.
TH Kerjasama Dengan UTP Bina e-Learning Haji
Kuala Lumpur, 14 Mac 2022 - Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) untuk membangunkan sistem e-Learning Haji.
Kerjasama ini menggandingkan kepakaran pihak Universiti dengan pengalaman pengendalian haji TH di peringkat dunia.
TH Komited Selesai Isu Visa Bakal Jemaah Haji
Satu Bilik Maklumat BH/BV bagi menyalurkan informasi terkini kepada para jemaah yang terlibat telah disediakan di bilik Seri Setia, Tingkat 1, Kompleks Haji (bersebelahan Kafetaria TH) yang beroperasi 24 jam. Talian khas: 03 – 7873 6297 atau 013-8068099.
TH Laksana Program Gotong-Royong Masjid
KOTA BELUD, 17 Julai 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan program gotong-royong di Masjid Jamek Al-Hashim yang melibatkan seramai lebih 100 orang terdiri daripada anggota TH Negeri Sabah, ahli jawatankuasa masjid serta ahli komuniti daerah Kota Belud.