PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI LAWAT KELUARGA ALLAYARHAM AHMAD BIN SAIDIN
Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menziarahi keluarga Allahyarham Ahmad Bin Saidin, 75 di Kampung Pondok, Batu Hampar, Merbok, Kedah.
Allahyarham Ahmad Bin Saidin merupakan jemaah haji ke-17 negara ini yang telah meninggal dunia di Tanah Suci pada musim haji 1434H. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia di penginapannya, Hotel Abraj Janadriyah, Makkah pada Ahad, 27 Oktober 2013 jam 7.15 pagi (waktu Saudi) akibat masalah jantung.