Korporat
Penyampaian Hadiah Kuiz "Salam Baitullah 2020 Edisi Ke-12"
ANGKASAPURI, 28 September 2020 - RTM senantiasa berusaha membuat liputan dan menyediakan program berdasarkan keperluan semasa serta menyediakan program-program dan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Di antara program-program yang dilaksanakan oleh RTM adalah “Program Salam Baitullah”.
Hari ini , Dua pemenang utama Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2020 diumumkan yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM 10,000 (tempat pertama) dan RM 5,000 (tempat kedua) dikreditkan terus ke dalam akaun TH masing- masing yang disumbangkan oleh Syarikat Olive House.
Penyerahan Sumbangan Malam Wartawan Malaysia 2018
Tabung Haji hari ini menyerahkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Malaysian Press Institute sempena Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2018 yang bakal diadakan pada 13 Julai 2018 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.
Tuan Haji Hisyam Samad, Pengurus perhubungan Media mewakili TH bagi menyerahkan Mock Cheque sumbangan kepada YBhg. Datuk Dr. Chamil Wariya, Pengerusi Bersama MWM 2018 / Ketua Pegawai Eksekutif MPI.