Korporat
Perarakan Hari Kebangsaan - 31 Ogos 2018
Seramai 20 orang anggota Tabung Haji (TH) telah terlibat dalam perbarisan Sayangi Malaysiaku, perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61 di Putrajaya.
TH yang berbaris bersama 37 GLC dan Sektor Swasta yang lain diselaraskan oleh Khazanah Nasional pada tahun ini.
Dengan bertemakan Sayangi Malaysiaku, perbarisan ini turut disertai kontijen 1 GLC dan Sektor Swasta dengan kekuatan 800 anggota dan diketuai oleh Malaysia Airlines (MAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di barisan hadapan.
PERASMIAN KOMPLEKS HAJI DAN TH HOTEL AND CONVENTION CENTRE KUALA TERENGGANU
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Perasmian Kompleks Haji dan TH Hotel and Convention Centre (THCC) yang bertempat di Kuala Nerus, Kuala Terengganu. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Terengganu Darul Iman telah berkenan berangkat untuk menyempurnakan majlis perasmian tersebut.
PERASMIAN PERSIDANGAN PENGARAH TH NEGERI DAN DAERAH ZON BORNEO
Perasmian Persidangan Pengarah TH Negeri dan Daerah Zon Borneo telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji. Turut hadir YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah TH dan Pengurus TH Negeri Sabah dan Sarawak.
Perdana Menteri Lancar Logo TH Di Bangunan Penginapan Jemaah Haji di Madinah
Majlis Pelancaran Logo Tabung Haji (TH) untuk empat bangunan penginapan Jemaah Haji Malaysia di Tanah Suci telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini.
Peletakan logo rasmi TH di empat bangunan ini adalah lanjutan dari perjanjian pajakan hotel dengan syarikat Al-Rawda Investment For Real Estate Development & Project Management Ltd. (Al-Rawda) untuk tempoh 10 tahun akan datang.
PERDANA MENTERI UCAP SELAMAT JALAN KEPADA JEMAAH HAJI
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, YABhg Datin Seri Rosmah Mansor hadir mengucapkan selamat jalan kepada semua 270 bakal jemaah haji penerbangan ke-enam (KT06) pada awal pagi ini bertempat di TH Hotel Kelana Jaya.
Penerbangan terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah dengan menggunakan pesawat MH8004 berlepas pada jam 12.30 tengahari dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah pada jam 9.15 malam (waktu Malaysia) atau jam 4.15 petang (waktu Saudi).
PERHIMPUNAN AGENSI-AGENSI DI BAWAH JABATAN PERDANA MENTERI
Perhimpunan Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berlangsung di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, pagi ini.
Perhimpunan dihadiri oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Turut hadir ialah YB. Timbalan Menteri di JPM, YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki dan Ketua-ketua Agensi di bawah JPM.