Penyerahan Zakat Berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
SABAH, 19 Ogos 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, memberikan penyerahan zakat berjumlah RM2,082,343.25 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Serahan zakat disampaikan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Mokhtar, Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu, Sabah.