MUZAKARAH PETUGAS HAJI 1433H DI AVILION NEGERI SEMBILAN
Muzakarah Petugas Haji telah diadakan selama lima hari di Avilion Port Dickson. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Muzakarah Petugas Haji telah diadakan selama lima hari di Avilion Port Dickson. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA TH KAJANG AKIBAT BANJIR
• TH Kajang akan menutup operasi harian buat sementara waktu akibat banjir dan bagi kerja-kerja pembersihan dan pemindahan barang-barang.
• Tarikh Tutup Sementara Operasi : 20 Jun hingga 22 Jun 2016 (Isnin hingga Rabu)
• Jangkaan Tarikh Operasi di buka : 23 Jun 2016 (Khamis)
Operasi Haji 1438H/2017M dapat dilaksanakan dengan jayanya hasil daripada hubungan erat dan kerjasama padu yang diberikan oleh pelbagai pihak kepada Lembaga Tabung Haji (TH) terutamanya pihak Kerajaan.
YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B) berkata, terima kasih dan syabas kepada para petugas haji Tanah Air dan Tanah Suci yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan operasi haji kali ini berjalan dengan lancar tanpa insiden besar yang menggangu perjalanan ibadat para jemaah haji.
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini melancarkan Pameran Haji dan Fotografi yang bertemakan "Haji : Pengalaman Malaysia" dan akan berlangsung selama tiga bulan, sehingga 20 November 2013.
Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh YB. Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi TH serta YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, TH bertempat di Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
Ahli Lembaga Pengarah TH, YBhg. Tan Sri Haji Shukry Bin Mohd Salleh telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra’ 2016 Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Bunga Raya, Bachok Kelantan, hari ini.
Sumbangan zakat pendidikan yang berjumlah RM113,000 ini telah diagihkan kepada 226 orang pelajar asnaf dari daerah Bachok sebagai persediaan mereka menghadapi sesi persekolahan 2017.