Haji
Selasa, 18 September 2018
Selasa, 18 September 2018 - Pada hari ini, TH telah mengadakan sesi ziarah waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal dunia di Tanah Suci, Allahyarhamah Sariah Bt. Suta. Sesi ziarah diwakili oleh Timbalan Pengarah TH Negeri Sarawak, Tuan Haji Mohammad Bin Salim di kediaman Allahyarhamah di Kota Samarahan, Sarawak.
Pada sesi ziarah tersebut, TH turut menyerahkan sumbangan khairat kematian, air zam zam dan kurma kepada waris Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.