Syarat Tunai Haji & Kriteria Kesihatan Bakal Jemaah Haji Musim Haji 1445H/2024
Kluster |
Soalan |
Jawapan |
Syarat Tunai Haji oleh Kerajaan Arab Saudi |
Apakah kriteria berkaitan kesihatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi untuk Bakal Haji menunaikan Haji? |
- Kerajaan Arab Saudi mewajibkan bagi setiap Bakal Jemaah Haji yang ingin menunaikan haji pada tahun ini mengambil Vaksin Meningococcal Quadrivalent ACYW-135.
- Manakala, Vaksin Covid-19 dan Vaksin Influenza adalah amat digalakkan untuk diambil oleh semua Bakal Jemaah Haji oleh Kerajaan Arab Saudi.
- Setiap Bakal Haji juga perlu lulus pemeriksaan kesihatan dengan kriteria dan garis panduan kesihatan yang ditetapkan sebelum dibenarkan berangkat ke Tanah Suci. Bakal Haji perlu berada dalam keadaan yang sihat.
|
Bagaimanakah persediaan TH sekiranya ada Jemaah Haji yang dijangkiti Covid- 19 di Tanah Suci? |
- TH dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan setiap jemaah haji.
- TH dan KKM telah menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) di Tanah Air dan Tanah Suci untuk dipatuhi oleh setiap jemaah haji dan juga Petugas Haji Malaysia.
- Walau bagaimanapun, pengurusan kes-kes kesihatan dan Covid-19 di Tanah Suci turut tertakluk kepada protokol dan arahan kesihatan Kerajaan Arab Saudi.
|
Adakah TH akan menambah petugas kesihatan bagi membendung Covid-19 di kalangan jemaah? |
- TH sentiasa bekerjasama baik dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan petugas Rombongan Perubatan Tanah Suci yang terbaik dan mencukupi.
- Penambahan petugas Rombongan Perubatan adalah tertakluk kepada protokol dan arahan kesihatan Kerajaan Arab Saudi.
- Petugas Rombongan Perubatan sedia ada yang telah dipilih pada tahun ini berpengalaman dalam pengurusan kes CoViD-19
|
Adakah Bakal Haji yang mempunyai penyakit kronik dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini? |
- Bakal Haji yang menghidap penyakit kronik yang berisiko tinggi dan tidak stabil tidak memenuhi syarat wajib haji (istito’ah kesihatan)
- Hanya individu yang mempunyai sakit kronik yang telah disahkan stabil dan lulus pemeriksaan kesihatan mengikut kriteria Garis Panduan Pemeriksaan Kesihatan Edisi 9 (1445H/2024) dibenarkan untuk menunaikan haji pada tahun ini
|