1 |
Apakah cara pemilihan Bakal Haji (BH) bagi musim haji 1445H/2024M? |
- Kaedah pemilihan BH pada tahun ini adalah sama seperti kaedah sebelum ini, iaitu berdasarkan tarikh dan masa daftar haji di mana yang dahulu didahulukan.
|
2 |
Apakah kriteria yang diutamakan dalam memilih bakal haji 1445H/2024M? |
- TH akan mengutamakan BH giliran tunai haji pada tahun 1444H/2023 dan 1445H/2024. Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
|
3 |
Berapakah kuota Haji Malaysia untuk tahun ini 1445H/2024M? |
- Kerajaan Arab Saudi telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi 1445H/2024M.
- Kuota haji rasmi negara-negara dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation – OIC) atau OIC, termasuk Malaysia adalah berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan. Pihak Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara berkenaan.
|
4 |
Apakah faktor TH menetapkan bayaran haji bersasar bagi Jemaah Haji Muassasah? |
- TH memperkenalkan pendekatan secara bersasar bagi memastikan manfaat bantuan tersebut dapat dirasai sepenuhnya oleh golongan yang paling memerlukan.
- Bantuan Kewangan Haji ini juga adalah selari dengan usaha TH untuk memastikan kebajikan jemaah Haji Malaysia kekal terjamin.
- Bantuan Kewangan Haji diteruskan bagi semua jemaah Haji Muassasah TH yang menunaikan haji buat pertama kali dan merangkumi dua kumpulan iaitu kumpulan B40 dan kumpulan M40.
- Walaupun ada peningkatan bayaran haji, namun TH akan menanggung Bantuan Kewangan Haji dianggarkan berjumlah RM350 juta ringgit.
- Sejak 2001 sehingga 2023, sebanyak RM2.4 bilion telah dibelanjakan bagi Bantuan Kewangan Haji.
- Dengan kadar Bayaran Haji yang bersasar, ianya dapat mengurangkan bebanan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.
- Kadar Bayaran Haji yang bersasar adalah mengambil kira tahap kewangan individu BH dan bukan pendapatan isi rumahnya.
- Pemberian Bantuan Kewangan Haji secara bersasar dapat membantu TH menampung perbelanjaan kos haji keseluruhan bagi memastikan kelestarian kewangan TH untuk masa hadapan.
|
5 |
Bagaimana TH mengenal pasti kumpulan B40, M40 dan T20 di kalangan Bakal Haji yang terpilih menunaikan haji? |
- Seperti tahun-tahun lepas, TH telah mendapat kerjasama dari agensi-agensi Kerajaan untuk menyemak silang maklumat BH dengan pengkalan data sedia ada.
- Penetapan kadar bayaran haji adalah dimuktamadkan oleh TH.
|
6 |
Apakah asas penetapan kadar Bayaran Haji yang bersasar untuk jemaah haji Muassasah? |
- Asas penetapan kadar Bayaran Haji bersasar adalah untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak terlalu terbeban dengan kenaikan bayaran haji tersebut.
- TH juga akan terus memastikan Bantuan Kewangan Haji diteruskan.
- TH juga perlu mencari keseimbangan antara Bantuan Kewangan Haji kepada bakal jemaah dan juga agihan keuntungan kepada lebih 9 juta pendepositnya.
|
7 |
Apakah kadar bayaran haji pada tahun ini. |
Kategori Jemaah Haji Muassasah |
Bayaran Haji 1445H |
Peratusan Bayaran dari Kos Haji |
Kumpulan B40 |
RM12,356 |
37% |
Kumpulan M40 |
RM19,152 |
58% |
Kumpulan T20 |
RM33,300 |
100% |
Rayuan tunai haji luar giliran* |
RM33,300 |
100% |
*Kecuali rayuan i. Mahram, ii. pembantu jemaah lanjut usia, iii. pembantu jemaah OKU.
|
8 |
Berapakah jumlah Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini. |
Kategori Jemaah Haji Muassasah |
Bantuan Kewangan Haji (HAFIS)1445H |
Peratusan HAFIS |
Kumpulan B40 |
**RM20,944 |
63% |
Kumpulan M40 |
RM14,148 |
42% |
Kumpulan T20 |
Tiada |
Tiada |
Rayuan tunai haji luar giliran |
Tiada |
Tiada |
** Termasuk bantuan Kerajaan sebanyak RM1000 seorang
- TH akan menanggung Bantuan Kewangan Haji berjumlah RM350.1 juta pada musim haji tahun ini.
- Kerajaan Malaysia turut memperuntukkan sejumlah RM1,000 untuk setiap BH kumpulan B40 sebagai tambahan kepada Bayaran Haji mereka.
|
9 |
Adakah bayaran haji bersasar mengikut dan menepati syarat istito’ah? |
- Perbelanjaan sebenar mengerjakan ibadat haji adalah tanggungjawab BH sepenuhnya.
- Bayaran haji bersasar adalah tidak bertentangan dengan syarat istito’ah dan tidak salah bagi bakal haji untuk menerima bantuan atau sumbangan dari pihak tertentu namun mereka juga tidak wajib untuk menerimanya. (Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK 37 – 2020/1442H).
|
10 |
Bolehkah saya memilih untuk membayar penuh kos menunaikan haji secara pakej Muassasah? |
- Semua BH amat digalakkan untuk membayar penuh kos menunaikan haji secara pakej Muassasah iaitu RM33,300 selari dengan konsep Istito’ah dalam syarat wajib haji, walaupun layak menerima Bantuan Kewangan Haji.
- Perbelanjaan sebenar mengerjakan ibadah haji adalah tanggungjawab Bakal Haji sepenuhnya selaras dengan surah Ali-Imran ayat 97: “Dan antara kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan Ibadah Haji ke Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya”.
|
11 |
Adakah layanan /perkhidmatan/ kemudahan yang berbeza disebabkan Kadar Bayaran Haji? |
- Apabila seorang BH memilih untuk menunaikan haji melalui pakej Muassasah, mereka akan menerima keseragaman layanan, tahap perkhidmatan dan kemudahan walaupun bayaran haji berbeza.
|
12 |
Adakah Bayaran Haji bersasar menjadi salah satu kriteria pemilihan? |
- Kaedah pemilihan BH pada tahun ini adalah mengikut dasar yang sama seperti sebelum ini iaitu berdasarkan tarikh dan masa daftar haji, di mana yang dahulu didahulukan.
|
13 |
Bolehkah saya merayu untuk tukar status Bayaran Haji ke kadar kumpulan B40? |
- Penentuan status kategori B40 adalah berdasarkan maklumat sahih yang diperolehi daripada Kerajaan dan adalah muktamad.
|
14 |
Bolehkah saya membuat rayuan walaupun giliran tunai haji masih lama lagi? |
- Rayuan haji boleh dibuat melalui platform atas talian THiJARI mulai 26 Januari 2024.
|
15 |
Adakah mereka yang membuat rayuan tunai haji membuat bayaran haji ikut mengikut kategori yang ada? |
- Bagi mereka yang merayu dan terpilih untuk menunaikan haji secara Muassasah, bayaran penuh Kos Haji iaitu RM33,300 telah ditetapkan, melainkan mereka yang membuat rayuan sebagai: -
- Mahram kepada BH yang telah terpilih menunaikan haji; atau
- Pembantu kepada jemaah lanjut usia berumur 75 tahun ke atas; atau
- Pembantu kepada jemaah kelainan upaya yang telah terpilih menunaikan haji
|
16 |
Adakah golongan B40 kurang mendapat keutamaan untuk terpilih tunai haji? |
- Pemilihan tunai haji tertakluk kepada dasar pemilihan yang dahulu didahulukan iaitu berdasarkan tarikh dan masa daftar haji dibuat.
|
17 |
Adakah Bakal Haji yang memilih untuk mengikuti perkhidmatan Pakej Haji THTS atau PJH layak mendapat Bantuan Kewangan Haji daripada TH? |
- BH yang memilih untuk mengikuti perkhidmatan Pakej Haji THTS atau PJH bagi musim haji 1445H/2024 tidak mendapat Bantuan Kewangan Haji seperti dasar sedia ada dan perlu membayar mengikut kadar pakej yang ditawarkan oleh syarikat PJH masing-masing.
|
18 |
Mengapakah saya, suami/isteri saya dan anak saya diminta untuk membuat bayaran yang berbeza? |
- Kadar Bayaran Haji yang ditetapkan bagi setiap jemaah haji Muassasah adalah berdasarkan kategori individu masing-masing dan bukan berdasarkan sebagai satu kod keluarga.
- Bagi ahli keluarga yang pernah menunaikan haji sebelum ini, mereka tidak layak menerima Bantuan Kewangan Haji dan perlu membayar penuh Kos Haji.
- Bagi ahli keluarga yang rayuan menunaikan haji diterima, mereka juga tidak layak menerima Bantuan Kewangan Haji dan perlu membayar penuh Kos Haji (melainkan rayuan mahram dan pembantu kepada jemaah lanjut usia serta kurang upaya seperti soalan 15).
|
19 |
Adakah dasar penetapan kadar Bayaran Haji ini kekal atau sementara? |
- Dasar penetapan kadar Bayaran Haji secara bersasar ini akan diguna pakai untuk musim haji 1445H/2024 dan kadar Bayaran Haji pada musim hadapan akan disemak dari semasa ke semasa.
|
20 |
Bolehkah BH membayar lebih daripada kadar Bayaran Haji yang ditetapkan? |
- Setiap BH dalam kumpulan B40 dan M40 boleh secara sukarela membayar lebih daripada kadar Bayaran Haji yang ditetapkan dalam surat tawaran tunai haji mereka.
- BH boleh memilih untuk membayar lebih mengikut kemampuan kewangan masing-masing dan hanya perlu memilih salah satu tahap peningkatan Bayaran Haji yang ditetapkan.
|
21 |
Adakah dengan struktur Bayaran Haji bersasar akan membolehkan TH memberi agihan keuntungan yang lebih tinggi? |
- Kos mengerjakan haji telah meningkat setiap tahun dan tidak dapat dielakkan berikutan faktor di luar kawalan TH seperti peningkatan kadar inflasi, 15% cukai nilai tambah (VAT), kenaikan caj untuk perkhidmatan di Arab Saudi, kadar tukaran mata wang serta pembangunan di Makkah dan Madinah.
- Maka Bayaran Haji perlu dinaikkan sejajar dengan peningkatan kos menunaikan haji tersebut. Kadar Bayaran Haji yang naik secara bersasar juga akan mengurangkan perbelanjaan bagi Bantuan Kewangan Haji secara keseluruhan.
- Jika tidak dibendung, perbelanjaan bagi Bantuan Kewangan Haji yang semakin meningkat akan membebankan lagi kedudukan kewangan TH dalam ketidaktentuan ekonomi masa kini.
- Agihan keuntungan tertakluk kepada pendapatan, pulangan pelaburan serta kedudukan ekonomi semasa. Bantuan Kewangan Haji dan agihan keuntungan sebagai pulangan kepada pendeposit mempunyai hubungan bertentangan.
- Apabila lebih banyak perbelanjaan disalurkan untuk Bantuan Kewangan Haji, maka kos operasi akan meningkat dan kuranglah hasil daripada pelaburan untuk diagihkan kepada pendeposit.
|
22 |
Adakah TH memperuntukkan kuota spesifik kepada kumpulan B40, M40 and T20? |
- TH tidak memperuntukkan kuota spesifik kepada mana-mana kumpulan.
|