Soalan Lazim 25 Pengelola Jemaah Haji (PJH) Berdaftar Di Bawah TH Bagi Tahun 2024M
Soalan |
Jawapan |
Mengapakah TH melantik Pengelola Jemaah Haji (PJH) iaitu syarikat swasta pelancongan tempatan bagi mengendalikan jemaah haji?
tempatan jemaah haji? |
- Jemaah Haji Malaysia mempunyai dua pilihan iaitu Muassasah atau pakej haji yang dikendalikan oleh TH Travel & Services Sdn Bhd (anak syarikat TH) dan PJH.
- Objektif Perkhidmatan Pakej Haji adalah:
- Membolehkan jemaah haji mendapat perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah.
- Membuka peluang kepada Agensi Pelancongan Bumiputera Muslim untuk mengendalikan jemaah haji secara terkawal sebagai PJH.
- Membolehkan TH bergerak ke hadapan menuju matlamat mengawal selia keseluruhan pengurusan haji dalam memberikan perkhidmatan haji.
- TH sentiasa berusaha memberikan kepuasan kepada jemaah haji dan membantu mereka ke arah mencapai haji mabrur.
- TH juga memberi pilihan kepada mereka untuk pergi menunaikan haji melalui cara yang paling selesa mengikut kemampuan kewangan mereka masing-masing.
|
Apakah syarat-syarat pemilihan PJH? |
Bagi memohon lesen PJH, syarikat pelancongan tempatan dikehendaki memenuhi antara syarat-syarat seperti berikut:-
- Mempunyai Lesen Pengendali Pelancongan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Bidang Pengendalian Pelancongan ke Luar Negeri Bagi Umrah Dan Ziarah.
- Pengalaman mengendalikan umrah tiga (3) tahun berturut-turut.
- Rekod Bank Negara Malaysia melalui Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) yang mengandungi maklumat seperti kewangan Pengarah Syarikat, Pemegang Saham Syarikat dan mana-mana individu dalam Pengurusan Syarikat.
- Pengurusan dan kakitangan yang berpengalaman dalam pengurusan umrah.
- Laporan juruaudit yang bersih untuk dua tahun terkini.
- Laporan Kewangan Syarikat yang telah diaudit untuk tiga (3) tahun terakhir.
- Modal Berbayar sekurang-kurangnya RM500,000.00
- Dana pemegang saham yang positif.
- Carian rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia yang menyatakan syarikat dan individu bukanlah bankrap.
- Lulus penilaian umrah oleh Pejabat TH di Arab Saudi.
- Tiada kes mahkamah semasa.
|
Mengapakah hanya 25 PJH sahaja berdaftar di bawah TH? |
- Seperti yang dimaklumkan, mana-mana syarikat pelancongan tempatan berdaftar boleh memohon untuk menjadi PJH yang berlesen dan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Untuk musim haji 1445H/2023M, terdapat peningkatan syarikat dilantik di mana sebanyak 25 syarikat yang telah melepasi proses saringan dan pemilihan dipilih untuk menjadi PJH berdaftar di bawah TH, berbanding 23 syarikat sahaja pada musim haji yang lepas.
- Semua wakil PJH telah diberi taklimat mengenai terma dan syarat perkhidmatan pakej musim haji 1445H/2024M.
- Senarai PJH yang menerima lesen ini boleh dirujuk di laman web rasmi TH di https://www.tabunghaji.gov.my
|
Mengapakah syarat-syarat kelayakan untuk menjadi PJH di bawah TH ini begitu ketat? |
- Sistem pemilihan ini telah digunapakai sejak tahun 2000 dan ditambah baik secara berkala.
- Syarat-syarat pemilihan PJH yang ditetapkan adalah bagi memastikan syarikat-syarikat pelancongan tempatan yang berwibawa serta memiliki kapasiti yang teguh serta mampu memberikan perkhidmatan haji yang terbaik sepanjang perjalanan haji jemaah mereka.
- Tujuan utama syarat-syarat kelayakan tersebut ditetapkan adalah selain mengelak penipuan pakej haji, TH juga memastikan kebajikan Jemaah Haji negara dijaga dengan rapi dan sentiasa terpelihara serta ibadat haji berjalan dengan lancar.
- Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada TH boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995, Akta 535.
- Setelah PJH diberi lesen, TH mengambil tanggungjawab bagi pembangunan PJH supaya dapat memberikan perkhidmatan nilai tambah yang terbaik dan meyakinkan kepada jemaah haji.
- TH akan memantau dan menilai perkhidmatan PJH semasa urusan di Malaysia dan operasi di Tanah Suci. Syarikat hendaklah mencapai tahap prestasi pemarkahan melepasi 80% bagi membolehkan layak memohon Lesen PJH bagi musim haji berikutnya.
- Perkara asas dalam penilaian dan pemantauan pengurusan PJH ini ialah kepuasan jemaah haji dalam menerima tahap perkhidmatan haji dan kemudahan yang mempunyai nilai tambah pada aspek-aspek yang ditentukan dalam pakej haji yang dipilih.
|
Bagaimanakah sekiranya jemaah haji memilih syarikat-syarikat pelancongan tempatan selain PJH dilesenkan TH? |
- Bakal Haji tidak dapat memastikan sama ada tiada penipuan atau kesahihan dan kemampuan syarikat ini. Malah kebajikan dan keselamatan jemaah tidak terjamin sepanjang perjalanan mereka.
- Sekiranya individu atau syarikat pelancongan yang tidak mempunyai Lesen PJH menawarkan pakej haji serta mengelola perkhidmatan haji, ianya melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995 yang boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
- TH menyarankan orang ramai terutamanya bakal-bakal haji untuk menggunakan perkhidmatan pakej haji yang disediakan oleh PJH yang dilesenkan TH sahaja dan bakal haji boleh merujuk kepada senarai PJH di laman web TH.
|
Apakah cara pemilihan syarikat PJH bagi musim haji 1445H/2024M |
- Kaedah pemilihan PJH pada tahun ini adalah sama seperti kaedah sebelum ini di mana syarikat-syarikat pelancongan tempatan telah melalui proses saringan dan pemilihan yang teliti untuk beroperasi sebagai PJH berlesen bagi Musim Haji 1445H/2024M.
- Mana-mana Agensi Pelancongan Bumiputera Muslim boleh memohon untuk menjadi PJH yang berlesen dan akan dipilih secara tahunan setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
|
Apakah peringatan penting bagi jemaah haji Malaysia yang berminat menunaikan haji dengan PJH? |
|