Korporat
Ahad, 20 September 2015
Penerbangan terakhir Jemaah Haji Malaysia KT69 seramai 489 jemaah telah selamat berlepas ke Tanah Suci pada hari ini.
Turut hadir di Lapangan Terbang Antaranbangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengucapkan selamat jalan kepada kumpulan terakhir ini ialah YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH serta barisan pengurusan TH.
Dengan sempurnanya penerbangan akhir ini, kesemua Jemaah Haji Malaysia sudah berlepas dan sebhagian besar kini berada di Tanah Suci dan bakal berwukuf di Arafah pada Rabu, 23 September 2015.