Korporat
TH SAMBUT KEPULANGAN 400 ORANG JEMAAH HAJI KUMPULAN PERTAMA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyambut kepulangan pertama jemaah haji negara seramai lebih 400 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Penerbangan pulang pertama jemaah haji yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah jam 8.25 pagi (waktu Arab Saudi atau 12.35 tengahari waktu Malaysia) dengan pesawat SAUDIA (SV5212) selamat mendarat di KLIA kira-kira jam 9.30 malam (waktu Malaysia).
TH Serah Hadiah Utama Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan hadiah utama kereta Proton Ertiga 1.4 Executive Plus AT kepada johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-61 bagi tahun 1439H/2018M.
Hadiah sumbangan TH itu diberikan kepada johan qari Kelantan, Abdullah Fahmi Che Nor (34 tahun) dan qariah Melaka, Suhailah Zulkifli (29 tahun). Sumbangan ini merupakan salah satu daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH bagi penganjuran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) yang memasuki tahun ke-enam (6) sejak tahun 2013.