Korporat
Isnin, 2 Mac 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah lebih RM2 juta bagi tahun 2014 kepada Pusat Urus Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara, Pulau Pinang.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh YBhg Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang bagi pihak MAINPP.
Pembayaran zakat bagi Pulau Pinang tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 8.3 peratus berbanding RM1.8 juta pada tahun 2013. Pulau Pinang merupakan negeri kedua selepas Johor dalam siri penyerahan zakat perniagaan TH pada tahun ini.