Korporat
Khamis, 5 Mac 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah lebihRM1.8 juta bagi tahun 2014 kepada Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) dalam satu majlis di Istana Seri Menanti.
Pembayaran zakat bagi Negeri Sembilan itu mencatatkan peningkatan sebanyak 6.5 peratusdari 2013.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.