TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2013 berjumlah RM3,871,731.04 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dalam satu majlis ringkas di sini.