Korporat
Jumaat, 27 Mac 2015
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM13,786,679.17 bagi tahun 2014 kepada Lembaga Zakat Selangor (MAIS), dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, Selangor.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan Selangor.
Pembayaran zakat bagi Negeri Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding tahun lepas.