Corporate
TH SERAH SUMBANGAN BERJUMLAH RM100 RIBU BAGI PENGANJURAN SELAWAT PERDANA 1435H / 2014M
Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan sumbangan sejadah yang bernilai RM100 ribu sebagai tanda sokongan serta menyemarakkan lagi penganjuran Selawat Perdana 1435H/2014M - Malam Cinta Allah dan Rasul, dalam satu majlis ringkas di sini. Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YB. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH kepada Encik Shahrul Nasrun Dato' Haji Kamarudin, Setiausaha, Sekretariat Selawat Perdana 1435H/2014M.
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN 2014 BAGI NEGERI PAHANG
Lembaga Tabung Haji (TH), institusi Islamik negara hari ini menyempurnakan siri jelajah pembayaran zakat perniagaannya di Pahang dengan penyerahan zakat berjumlah RM2,783,337.15, dalam satu majlis di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.