Korporat
Rabu, 6 Mei 2015
Lembaga Tabung Haji (TH), institusi Islamik negara hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.8 bagi tahun 2014 kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, dalam satu majlis di Istana Syarqiyyah, Chendering.
Pembayaran zakat perniagaan TH ini disampaikan oleh Tuan Haji Adi Azuan Abdul Ghani, Pemangku Ketua Pegawai Operasi TH kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.
Pembayaran zakat bagi Negeri Terengganu mencatatkan peningkatan sebanyak 4.7 peratus berbanding tahun lepas.