PUTRAJAYA, 17 SEPTEMBER 2024: Tabung Haji (TH) hari ini menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. TH diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif; Tuan Syed Hamadah Syed Othman, wakil Pengurusan dan warga kerja TH.
Sempena Sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini, Kerajaan telah memilih tema “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”. Tema ini adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat.
Di samping itu, TH juga membuka kaunter pemasaran bagi membolehkan orang ramai membuka akaun dan membuat pertanyaan berkaitan produk TH.