MELAKA, 22 Disember 2020 - Lembaga Tabung Haji ( TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM2,797,897.60 bagi tahun kewangan berakhir 2019 kepada Zakat Melaka dalam satu majlis di Dewan Seri Utama, Pejabat T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka.
T.Y.T Yang Dipertua Negeri Melaka. telah berkenan menerima bayaran zakat daripada Tuan Haji Mohamed Zahir bin Hussin @ Yusof, Pengarah TH Negeri Melaka.
TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh Zakat Melaka ke arah kemampanan program-program zakat yang dirangka di negeri Melaka bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali ;Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Ibrahim bin Haji Fadzil; Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Timbalan Pengarah TH Negeri Melaka, para pegawai Zakat Melaka dan anggota-anggota TH.