Korporat
Isnin, 22 Oktober 2012
Lembaga Tabung Haji menerima 31,000 bungkusan sumbangan kuih dan kad raya Aidiladha daripada YAB Perdana Menteri untuk diagihkan kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunaikan haji di Makkah. Najib menyampaikan sumbangan untuk jemaah haji kepada Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji, Datuk Kamarudin Mat Ali di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pula menyampaikan sumbangan kuih raya dan kad raya Aidiladha untuk diagihkan kepada 800 petugas Tabung Haji di Makkah kepada Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Lembaga Tabung Haji, Puan Rozaida Omar.
Bungkusan itu akan dihantar ke Jeddah, Arab Saudi dan bakal diagihkan kepada jemaah haji dan petugas Tabung Haji di Makkah.