Korporat
Selasa, 28 Februari 2017
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat berjumlah RM2,178,499.84 bagi tahun kewangan berakhir 2016 kepada Zakat Pulau Pinang dalam satu majlis ringkas di Seri Mutiara, Pulau Pinang.
Pembayaran zakat TH telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Dr. Haji Abdul Rahman Haji Abbas, Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Pembayaran zakat bagi Negeri Pulau Pinang ini mencatatkan peningkatan sebanyak 2.51% berbanding RM2,125,105.49 (2015).