Korporat
Khamis, 1 Disember 2016
Tabung Haji (TH) turut serta dalam pameran korporat sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang berlangsung dari 29 November sehingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kaunter TH menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk para perwakilan dan pengunjung pameran, antaranya untuk pembukaan akaun TH, pendaftaran haji, semakan status pendaftaran haji dan penamaan.
Sebuah Perkhidmatan Bergerak TH Komuniti juga turut diletakkan di bahagian ruang parkir bersebelahan Dewan Merdeka.
Turut terdapat sebanyak 26 tapak pameran korporat lain di ruang legar yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta.