KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan majlis penyerahan sumbangan kenderaan dwi-fungsi yang boleh digunakan sebagai van jenazah dan membawa penumpang kepada 20 masjid terpilih dari seluruh negara bernilai kira-kira RM3 juta.
“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada program zakat CSR TH yang bertujuan membantu pihak pengurusan masjid menjalankan tanggungjawab mereka dalam aspek fardu kifayah untuk manfaat dan kemaslahatan kariah setempat seperti urusan pengebumian jenazah serta kemudahan pengangkutan kepada ahli kariah untuk menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan seperti kelas-kelas fardu ain dan sebagainya,” kata YBhg. Datuk Adi Azuan Abdul Ghani, Ketua Pegawai Operasi TH yang hadir menyempurnakan penyerahan tersebut.
Sumbangan kenderaan dwi-fungsi dibawah Program Mobiliti TH ini diharap dapat memberikan manfaat sepenuhnya memandangkan fungsi kenderaan tersebut tidak terhad penggunaannya ketika berlaku kematian sahaja tetapi dapat digunakan sebagai kenderaan penumpang yang boleh membawa ahli kariah untuk melaksanakan aktiviti kebajikan dan sebagainya.
Program Mobiliti merupakan program tanggungjawab sosial korporat yang diperkenalkan oleh TH pada tahun 2016 dengan objektif untuk memudah dan melancarkan kehidupan komuniti Islam, merangkumi aspek sosial dan ekonomi demi kemaslahatan ummah dalam usahanya untuk menegakkan syiar Islam di negara ini. Senarai 20 masjid yang menerima sumbangan kenderaan dwi-fungsi ini adalah seperti berikut:
Keprihatinan TH dalam melaksanakan program zakat CSR kemasyarakatan ini adalah selaras dengan visi dan misinya dalam pembangunan sosio ekonomi ummah dan negara. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengurusan Kanan TH, ahli jawatankuasa masjid dan wakil-wakil penerima sumbangan serta anggota TH.
-Tamat-