BATU PAHAT, 26 OKTOBER 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyalurkan sumbangan RM600 ribu kepada setiap 20 Institut Pengajian Tinggi Awam(IPTA) terpilih seluruh negara melalui Program Iqra’ TH IPTA 2022.
Dana ini akan diagihkan kepada lebih 30,000 penuntut IPTA di kalangan keluarga asnaf atau kurang berkemampuan terutamanya masyarakat pedalaman, luar bandar dan miskin bandar.
“Program Iqra’ TH ini merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TH yang akan memberikan manfaat kepada lebih 30,000 penuntut di kalangan B40 dan asnaf,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH, Dato’ Sri Amrin Awaluddin.
“Kami berharap agar sumbangan ini dapat meringankan beban kewangan dan memudahkan urusan penuntut IPTA dalam meneruskan pembelajaran mereka sehingga tamat pengajian dan seterusnya dapat mengubah taraf hidup ekonomi keluarga,” kata beliau.
“Sumbangan CSR TH yang terbesar ini, diharapkan dapat melahirkan mahasiswa yang lebih komited, berkualiti, mampu berdaya saing di semua peringkat dan memastikan mereka berupaya menjadi insan cemerlang pada masa hadapan” tambah beliau.
Program Iqra’ TH pada mulanya hanya tertumpu kepada pelajar sekolah rendah seterusnya TH telah meluaskan bantuan sasaran kepada pelajar asnaf dan B40 yang mengikuti pengajian di peringkat menara gading.
TH sentiasa komited dalam menjalankan program-program CSR bagi membantu golongan sasar khususnya golongan asnaf, dalam pembangunan ummah yang lestari. Antara program-program CSR TH lain termasuklah Program Ikhtiar, Mobiliti, A’fiat dan Ehsan.
Penyerahan ‘mock-cheque’ sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad kepada 20 wakil IPTA ketika Majlis Penyerahan Program Iqra’ TH IPTA 2022 pada hari ini di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat , Johor.
Penerima sumbangan tersebut ialah:
-Tamat-