Korporat
Sabtu, 24 Februari 2024
KAJANG, 22 Februari 2024: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang RM1 juta bagi Program ‘Pusat Audiometrik Bergerak (Mobile Hearing)’ yang pertama kali diadakan dengan kerjasama Yayasan Pelangi Malaysia (YAPEL) untuk membantu para asnaf yang mempunyai masalah pendengaran. Program bersepadu ini merangkumi tiga aspek utama iaitu penyediaan Pusat Audiometrik Bergerak, program saringan dan pemberian alat bantuan pendengaran untuk asnaf.
Majlis Perasmian Pusat Audiometrik Bergerak telah diadakan di Kompleks Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), Sg Ramal Dalam, Kajang yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.