Korporat
Taklimat & Penyerahan Lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) Haji 1441H/2020M
KUALA LUMPUR Khamis, 6 Februari - Tabung Haji ( TH ) hari ini telah mengadakan majlis penyerahan lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) 1441H/2020M kepada agensi-agensi pelancongan Malaysia yang terpilih bagi menguruskan jemaah haji pada musim haji tahun ini.
Majlis serahan lesen PJH ini disempurnakan oleh YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Pengurus Besar Kanan Haji merangkap Ketua Rombongan Haji Malaysia 1441H/2020M. Sebanyak 24 agensi pelancongan telah dipilih serta dilesenkan bagi musim haji tahun ini.