Korporat
Tentang CSR
TH berkongsi kejayaan yang diperolehi bersama pihak berkepentingan melalui perlaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Ia adalah bertepatan dengan prinsip-prinsip Islam dan komitmen TH sebagai sebuah organisasi prihatin, dengan misi untuk meningkatkan status sosioekonomi umat Islam di Malaysia.
Program CSR TH telah memberi manfaat kepada ribuan pihak berkepentingan di seluruh negara, sejajar dengan aspirasi untuk berkongsi kejayaan dengan semua.
Tentang Kami
Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendeposit kami.