Korporat
Selasa, 22 November 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menjelajah keempat buah negeri bagi mengagihkan zakat pendidikan kepada para pelajar asnaf menerusi Majlis Penyampaian Sumbangan Program Iqra' Peringkat Negeri Perlis, Kedah, Pahang dan Sarawak.
Seramai 828 orang pelajar dari 41 buah sekolah dari negeri-negeri tersebut menerima sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM414,000.
Sehingga hari ini, TH telah selesai melaksanakan majlis penyerahan sumbangan Program Iqra’ di sembilan buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Johor, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah, Selangor dan Melaka.
Untuk tahun ini, TH mengagihkan keseluruhan RM2 juta zakat pendidikan kepada 4,000 pelajar di seluruh negara melalui Program Iqra'.