Korporat
SAHABAT KORPORAT TH SALUR SUMBANGAN BERJUMLAH RM11.2 JUTA
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penghargaan kepada Sahabat Korporat TH yang terdiri daripada badan-badan korporat dan syarikat swasta yang telah menyumbang kepada jemaah Musim Haji 2013M / 1434H.
SAMBUTAN BULAN ZAKAT KEBANGSAAN DAN IJTIMA'AMIL KEBANGSAAN 2012
YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Zakat Kebangsaan 2012 yang dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) di Hotel Marriot, Putrajaya. Majlis ini turut menyaksikan Tabung Haji menerima anugerah Zakat Kebangsaan Kategori Syarikat GLC yang diwakili oleh YBhg. Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi untuk menerima anugerah.
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 55 TAHUN
Dua acara utama telah diatur bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 yang dimulakan dengan perbarisan kontinjen-kontinjen terbabit di Dataran Merdeka dan pada sebelah malamnya pula, berlangsung Himpunan Merdeka 55 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan tema 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, perhimpunan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Yang di-Pertuan Agong Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tepat pukul 8 pagi yang disambut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri
Sambutan Hari Pekerja 2019
YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia hari ini telah menyempurnakan majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 yang bertemakan PEKERJA AMANAH, INSPIRASI NEGARA bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Sambutan julung-julung kalinya diadakan semenjak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk Kerajaan pada 09 Mei 2018 lalu.
Di dalam amanat beliau, YAB Perdana Menteri mengingatkan kepada setiap pekerja agar sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh integriti.
SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434
Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.<br /> <br /> Hadir sama pada majlis itu ialah mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa. Seramai 30 orang anggota Tabung Haji yang diketuai Dato' Kamarudin Mat Ali, Ketua Pegawai Operasi turut tidak ketinggalan menyertai sambutan berkenaan.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2019
Tabung Haji (TH) telah menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul SAW 1441H/2019M Peringkat Kebangsaan di Stadium Axiata Bukit Jalil. Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/2019M telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Tema sambutan Maulidur Rasul SAW tahun ini adalah “Negara Rahmah Ummah Sejahtera”.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Bagi Tahun 2018M / 1440H
PUTRAJAYA 20 Nov. - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018M/1440H telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah mencemar duli menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut.
Sambutan Ulang Tahun Jubli Intan TH ke-60 Bersama YAB Perdana Menteri
KUALA LUMPUR, 29 SEPTEMBER 2023: YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan sambutan Ulang Tahun Jubli Intan Lembaga Tabung Haji (TH) yang ke-60 bagi meraikan enam dekad pencapaian TH sebagai sebuah institusi pengurusan haji yang unik di dunia.