PUTRAJAYA 20 Nov. - Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2018M/1440H telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim telah mencemar duli menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut.
Turut hadir, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa bersama isteri dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Puan Hajjah Fuziah binti Salleh.
Tema sambutan tahun ini adalah 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat'.
Tuan Haji Mohd Norber Kassim, Pengurus Besar (Pembangunan dan Pelajaran) serta 38 anggota mewakili TH di sambutan Maulidur Rasul kali ini bersama kira-kira 4,000 peserta kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta, badan berkanun, badan beruniform, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar institut pengajian tinggi & sekolah.