Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penghargaan kepada Sahabat Korporat TH yang terdiri daripada badan-badan korporat dan syarikat swasta yang telah menyumbang kepada jemaah Musim Haji 2013M / 1434H.
Majlis penghargaan tersebut telah disempurnakan oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut dihadiri oleh YB. Datuk Abdul Azeez bin Abdul Rahim, Pengerusi TH serta YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, TH bertempat di Dewan Besar, Ibu Pejabat TH, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Program Sahabat Korporat ini merupakan salah satu inisiatif di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TH yang memberi peluang kepada badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta untuk turut sama menyumbang dalam membantu persiapan jemaah haji Malaysia yang diadakan di TH Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.