YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia hari ini telah menyempurnakan majlis Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 yang bertemakan PEKERJA AMANAH, INSPIRASI NEGARA bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Sambutan julung-julung kalinya diadakan semenjak Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih tampuk Kerajaan pada 09 Mei 2018 lalu.
Di dalam amanat beliau, YAB Perdana Menteri mengingatkan kepada setiap pekerja agar sentiasa berusaha untuk melaksanakan tugas dengan amanah dan penuh integriti.
‘Warga kerja yang amanah merupakan tunjang Kerajaan dalam mencapai status negara maju berdasarkan kepada acuan kita sendiri dan berada pada tahap Negara Maju di peringkat antarabangsa’, kata Tun.
Lebih daripada 50 agensi terdiri dari badan kerajaan dan swasta termasuk TH telah menyertai Sambutan Hari Pekerja Tahun 2019. TH diketuai Tuan Haji Mohd Norber Bin Kassim, Pengurus Besar (Pembelajaran Dan Pembangunan) serta 60 anggota TH turut hadir ke majlis sambutan hari Pekerja Tahun 2019.