Korporat
Jumaat, 31 Ogos 2012
Dua acara utama telah diatur bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Hari Kemerdekaan ke-55 yang dimulakan dengan perbarisan kontinjen-kontinjen terbabit di Dataran Merdeka dan pada sebelah malamnya pula, berlangsung Himpunan Merdeka 55 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dengan tema 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, perhimpunan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Yang di-Pertuan Agong Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tepat pukul 8 pagi yang disambut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Sambutan Hari Kemerdekaan 55 Tahun turut disertai anggota-anggota Tabung Haji.